Wednesday, April 6, 2011

Ayuh soleh dan solehah!

Alhamdulillah. Setinggi syukur nikmat masa lapang yang diberikan oleh Allah, akhirnya dapat menulis lagi. Kali ini nak tulis artikel cinta. Sebenarnya saya tak berapa suka untuk menulis kisah cinta ni tapi setelah ditrigger oleh seorang rakan saya, saya menulis untuk kebaikan bersama. Katanya “untuk kebaikan ummah, kita yang faham ni kena beri peringatan kepada mereka.” insyaAllah syeikh, ana cuba sekadar yang mampu. Dari ayah : tulislah apa yang kau alami, rasai, dan perjuangkan. Jadi saya teruskan menulis…

………………………………………………….

Sedih melihat anak muda remaja masa kini walaupun berpakaian sekolah tetapi sudah berani jalan berpegang tangan bersama ‘couple’nya. Dengan tiada perasaan malu. Bangga sambil menarik tangan kekasihnya melintas jalan. Mungkin itu bisikan hatinya. “Aku sudah ber’punya’. Siapa tak ada lagi dia ketinggalan!” Manakala mata-mata yang memerhatikan (dari dalam kereta) seolah-olah biasa dengan fenomena tersebut. Hanya pandang sekilas tanpa rasa hairan, pelik dan marah jangan sekali. walaupun dalam hatiku sedang meluap-luap.

Kalau diikutkan hati mahu sahaja pergi menegur mereka. Tapi iman yang secebis ini hanya mampu membenci. Hanya membenci daripada takut dibenci. Dibenci apabila menegur kesilapan mereka. Lemahnya iman kita.

Anak muda mempunyai hati yang kuat. Semangat mereka dalam mencuba sesuatu yang baru sangat tinggi apabila usia mereka meningkat remaja. Tenaga mereka masih kuat. Jika disalurkan untuk sesuatu yang baik tidak mengapa. Yang dibimbangkan adalah mereka menyalurkan tenaga untuk perkara yang salah.

Rasa cinta

Fitrah semua manusia punyai rasa untuk mencintai dan dicintai. Sudah anugerah yang Allah berikan sejak Nabi Adam diciptakan yang mempunyai rasa berteman untuk berkongsi rasa. Lalu Allah ciptakan Hawa dari tulang rusuk baginda untuk memenuhi rasa ini. Namun, mereka bukan dianugerahkan rasa cinta untuk suka-suka sahaja. Ada matlamatnya. Mana mungkin nabi Adam boleh mentadbir muka bumi tanpa ditemani Hawa. Ringkasnya, anugerah rasa cinta adalah sebagai anjakan untuk mereka hidup bersama-sama memakmurkan dan melaksanakan tanggungjawab mereka mentadbir muka bumi ini. Matlamatnya sebagai khalifah dan sebagai hamba. Hanya cinta itu sebagai alat dan pelengkap untuk mereka laksanakan tugas itu.

Berbalik kepada perasaan anak muda teruna dan dara tadi. Apakah mereka bercinta kononnya untuk berumah tangga dan atas dasar tanggungjawab? Atau hanya suka-suka, mencuba, ikut adat dan cita rasa (nafsu)?

“sudah punya cewek?” seorang rakan bertanyakan saya. “tak ada..kenapa?”

“waduh, segerakan mencarinya..kok tiada teman mana bisa boleh belajar!” terang beliau kepada saya. seakan penting sangat. Ramai di antara mahasiswa yang sudah berpunya ‘teman’ kononnya untuk mereka bersama-sama belajar, memberi semangat. “kami hanya belajar bersama-sama!” alasan yang biasa. Namun tersirat seribu makna.

Dalam ajaran Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Walau niat baik mana sekalipun jika jalannya salah tetap menjadi perkara yang salah dan dikira berdosa. “saya couple juga tapi solat saya jaga.” Ada juga yang memberi alasan sedemikian. Jawapan saya senang je..orang yang betul-betul solat tak akan bercouple! Bukankah dalam al-quran ada menyebutkan bahawa solat itu mencegah daripada perkara buruk dan kemungkaran? Habis kenapa masih buat? Senang sahaja jawapannya, tentu ada something wrong dengan solat you! Jangan mencampurkan antara perkara yang hak dan batil dalam amalan kita. Kerana setiap perkara ada balasannya diakhirat nanti.

“kau tidak pernah merasai..kau tidak tahu bagaimana nikmatnya..” terang sahabat saya. “ye..nikmat tak nikmat, nafsu yang selalu dibelai tu la akan membawa kita ke neraka!” orang beriman adalah orang yang berjaya menundukkan nafsunya. Memang payah kerana di situ perlu mujahadah. Mujahadah itu yang membawa kita ke jannah. Sesiapa yang tak sanggup menderita di sini akan menderita di sana. Bukan saya tak pernah merasai, tetapi pernah juga. Tapi akhirnya saya mengaku cinta yang lahir itu bukan cinta sejati. Mengapa? Yang dirasai adalah nikmat bukannya rahmat.

Allah memberi kenikmatan kepada semua manusia. Tetapi yang mendapat rahmat-Nya hanyalah segolongan sahaja. Hanya dengan rahmat Allah sahaja yang membawa kita ke syurga.

Kajian membuktikan bahawa kebanyakan cinta yang dimulai sebelum perkahwinan banyak yang berhenti di pertengahan jalan dan akhirnya mereka berkahwin dengan orang lain dan yang tidak dicintainya. Remaja pada arus kemodenan ini ramai yang memilih untuk berkahwin dengan wanita yang mereka cintai. Tetapi mengapa kadar penceraian meningkat secara mendadak? Apakah itu disebabkan oleh cinta? Salah aku atau dia?Dan kajian terbaru membuktikan terdapat 1 penceraian akan berlaku dalam masa 3 hari. Inilah akibatnya kerana cinta, cinta, cinta, couple, couple, couple dan akhirnya benci, benci, benci..alasannya, tak sesuai, she’s not the right choice, rasa bosan dengan dia, bukan taste saya. memanglah, kerana semua kenikmatan rasa cinta telah dirasai sebelum berkahwin lalu apa yang mahu dirasai lagi selepas berkahwin? Renungkanlah. Semakin banyak kemanisan cinta yang dirasai sebelum perkahwinan semakin hambarlah cinta selepas perkahwinan.

Pelik cinta ibu bapa kita. mereka kahwin atas pilihan ibu bapa tetapi masih bertahan hingga ke tua..agaknya inilah indah cinta selepas kahwin..

Tragedi cinta

Cinta yang tidak didasari dengan hukum dan perintah Allah selalunya diakhiri dengan kekecewaan dan tangisan. Ramai yang akhirnya kecewa selepas dikecewakan. Buat yang pernah mengalami tentu merasainya. Betapa peritnya menerima kenyataan itu. berbulan-bulan, malah bertahun untuk menyembuhkan. Kembalilah pada cinta Allah. Allah yang berhak menerima cintamu. Dia tidak akan mengecewakan. Malah lebih menyembuhkan. Kau akan sedari kelak bahwa Dia mengajarmu erti kecewa untuk mendekatkan diri mu pada-Nya. Mungkin kerana dirimu begitu jauh dengan-Nya dahulu. Jangan jatuh dua kali dilubang yang sama.

“Habis, bagaimana saya mahu menyalurkan cinta ini di jalan yang halal dan betul?”. Jawapannya mudah sahaja…berkahwinlah. Itu sahaja jalan yang lebih suci dan dihalalkan oleh agama. Jika tidak mampu, berpuasa. Itulah ajaran daripada nabi kita. Mungkin ada halangan daripada ibu bapa atas dasar pelajaran. Jadi bagaimana? Focus cita-cita dahulu, kemudian baru cinta. “tapi mana boleh tahan..saya nak sangat ber’pasangan’”…bersabarlah. Allah lebih tahu saatmu sudah bersedia ataupun belum. Mungkin jiwamu masih belum bersedia. Persiapkanlah dirimu dengan bekalan ilmu dan fardhu ain. insyaAllah, apabila jiwamu sudah bersedia, kekasih akan tiba dengan sendirinya. Tak perlu lagi mencari, atau tercari-cari!

Akhir kata, saya menulis artikel ini untuk menyedarkan diri saya sendiri. Andai ada sahabat yang terasa, saya minta maaf. Sesungguhnya sudah tanggungjawab untuk menegur kesilapan sesama musilm. Saya tidak mengatakan bahawa saya sempurna. Saya juga insan lemah seperti anda. Guru kecewa itu yang akan menggerakkan kita untuk mengingatkan supaya jangan biarkan orang lain pun mempunyai nasib yang sama.

Berubahlah. Jadi lebih baik. Belum terlambat. Memang susah sebab berubah kepada kebaikan itu jalannya sakit. Meninggalkan sesuatu yang kita suka adalah yang paling sakit. Tetapi percayalah, sakit itu yang akan dibayar dengan pahala. Itu lebih kekal dan membawa kita ke syurga.

Couple tu halal di mata barat. Haram di sisi Islam. Sudah terang lagi bersuluh, mengapa kita masih berdegil? Buta mata atau mata hati yang ada di dalam dada?..peace no war..

11 comments:

NURUL said...

congrats..gaya penulisan ko mcm ayah ko.mantop2...

~teruskan berdakwah~

alfath said...

dpt khabar dari org jauh rasa terharu pula..thanx kerana sudi membaca. yeke? agaknya kuah sudah tertumpah kot..yg baik dari Allah. insyaAllah..
teruskan berdakwah juga ya di sana..

Anonymous said...

terbaik la anak pakcik pahrol ni...
teruskan perjuangan!
-azhar/isa

duha said...

assalamualaikum..
komen yg sama..
cara penulisan dah macam ust pahrol..

mungkin lepas ni banyak lagi karya yang boleh dihasilkan buat dijadikan pedoman remaja-remaja skrg..

umur-umur sekarang ni,cinta memang selalu jadi hot topic..so kena ambil kesempatan,
mungkin ada perananan yg perlu dimainkan agar kelihatan di mata masyarakat bahawa wujudnya cinta lebih besar yg perlu kita kejar..

Anonymous said...

slm alayk..
bagaimana acuan begitulah kuihnya...
penulisan mantap sama seperti ayahnya juga.. tahniah....
teruskn menulis artikel spt ini sbb terkadang ramai shbt2 kite terlalai dgn cinta nafsu nie...
nnt bleh juga kupas mengenai adakah istilah couple islamic dan xharam... sbb ader yg counter back bile cube menasihati mengenai couple nie haram...tq

muhammadthoriq said...

TABIK UTK KO, hehe...
bile la turn aku nak jd hebat mcm ayah aku plk ni, asek main2 je. :P

alfath said...

to azhar-insyaAllah. yang lalu biarkan berlalu. jom kita sama2 berusaha mencari cinta sejati dn lebih hakiki-cinta Allah

alfath said...

to anonymous-insyaAllah. sy bukanlah org yg arif utk membincangkan pasal hukum tp utk tujuan mencari kebenaran, sy akan cuba. tp ambil masa sedikit. perlu lebih membaca! terima kasih atas pandangan.

alfath said...

waalaikumsalam duha. yeke, ana pn xperasan. mgkin sbb ana peminat no.2 dia kot.(no.1 konfem isterinya)

itu yg ana cuba. setelah lama kita perhatikan anak muda bgsa kita, mmg kita dah perlu btindak. untuk generasi akan dtg juga. sperti artikel ana yg sebelum ni, kita perlu lakukan sesuatu. demi bangsa dan agama. untuk Allah dan kebaikan kita jugak.

cdgn tu mmg dalam perancangan lg. tp perlu penelitian dan pandangan yg lebih berhikmah. ana pn bukan arif sgt bab cinta ni. tp insyAllah, kita tulis apa yg dirasai lebih meyakinkan org utk merasainya. niatnya utk muhasabah bersama.amin..

alfath said...

to muhdthoriq - sebolehnya kita jadi lebih hebat dari ayah kita.bertanding dgn diri sendiri lg best.buktikan yg kita ada kekuatan sndiri. mesti boleh! gogogo!

muhammadthoriq said...

insha-Allah BOLEH! mantap ar alfatih pahrol.
chaiyok2!