Thursday, April 14, 2011

Drama Bersiri : MAKBUL


Alhamdulillah. Kali ni nk share sikit. Pada setiap hari Khamis malam jumaat jam 9.00 malam ada cerita yg sangat menarik untuk ditonton. Siapa yang tak tengok cerite ni memang rugi la. Kat TV2 je. dah start awal 7 april 2011. tapi ada 15 episod. belum terlambat lagi! jgn miss criter ni yep!

Cerita ini mengisahkan tentang seorang Kontraktor , iaitu Anuar (Jalaluddin Hassan) , yang kurang mempercayai keberkatan serta penting doa dalam kehidupan seorang muslim. Namun bila ada krisis yang melanda syarikatnya, dan kebetulan beliau telah mendapat suatu tawaran tender (projek),itu telah membuka hati beliau untuk menaja 12 orang penduduk kampung mengerjakan umrah bagi mendoakan beliau di sana supaya dapat kelulusan dalam pinjaman banknya. Bol- seorang pemuda kampung lurus bendul yang sering diperlekeh, terlalu ingin menziarahi Makam Rasullullah, telah diberi peluang menggantikan Imam Rosdi untuk mengerjakan umrah, namun tidak dipersetujui Anuar merasakan doa Bol seorang yang lurus bendul dan tidak pandai membaca dan menulis itu tidak akan dimakbulkan.

Bagi ana, mesej yang disampaikan pada setiap episod jelas. Memberi keyakinan kpd kita tentang kekuatan sebuah doa. Pasti menyentuh perasaan punyer. Termasuk diterangkan bagaimana nk dakwah secara berhikmah pada orang yg kadang-kadang susah nk terima teguran kita. Cuma loghat kedah dia kuat sikit na..

Kalau xde masa nk tengok, dengar lagu dia pun best..simple tapi menginsafkan..


Lirik Lagu Tema Drama Bersiri MAKBUL : KU BERMOHON PADA MU :

ASTAGHFIRULLAH.. ASTAGHFIRULLAH..
ASTAGHFIRULLAHAL ‘ADZHIM.. AL LADZII LAA ILLA HA ILLAHA..
HUWAL HAYYUL QAYYUUM.. WA ATUBU ILLAIK..AMIN… AMIN… AMIN… AMIN…
KU BERMOHON PADA MU YA ALLAH..TETAPKAN IMAN KU SENTIASA PADA MU BERSERAH PADA MU SESUNGGUHNYA
SOLAT SERTA IBADAH KU HIDUP DAN MATIKU
HANYALAH UNTUK MU HANYALAH UNTUK MU
YA ALLAH..
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MUTIAP DETIK KU MENGHARAP KEBAIKAN MU LINDUNGILAH AKU SELAMATKANLAH
DARI SEKSAAN MU YANG AZAB SENGSARA
LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH.. LAILLAHAILLALAH..

KU BERMOHON PADA MU
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN RAHMATILAH SEGALA PEMBERIAN KURNIAKANLAH AKU DUNIA DAN AKHIRAT
AMIN… AMIN… AMIN… AMIN


P/s: manfaatkan cerita mcm ni..sebab jarang ade..lagi elok daripada tngok cerita omputih tuu..

1 comment:

NURUL said...

nasib baik loghat kedah kalau pantai timur mmg kene ade subtitle kat bwh. thanks for the info... smlm baru dok kutuk dgn housemate cite melayu asyik cite pasai project berjuta2 x abis2... nasib baik de gak cite yang bermanfaatcm ni tapi konsep project berjuta2 tu tetap ade...huhu

Jangan nodai Ramadhanmu…

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah dan perjuangan di bulan yang penuh keberkatan ini. Bagaimana dengan puasa k...