Saturday, July 2, 2011

Ibrah Isra' Mikraj

Ibrah Isra’ Mikraj

1. Perbezaan tarikh. Kita diminta untuk menyibukkan diri untuk mengambil iktibar dari peristiwa ini. Bukan sibuk mempertikaikan tarikhnya. Hukum menyambut israk mikraj sebenarnya ‘tak ada dalil pun nabi melarang’. Sunnah menyambutnya selagi ianya tidak bertentangan dgn syarak. Kita sepatutnya berasa gembira jika ada usaha untuk meraikannya kerana kemuliaan hari tersebut.

2. Perkataan “Mengisrakan hamba2-Nya”. Ada kelebihan pada Muhammad iaitu sifat kehambaannya yg paling tinggi. Sebab itu baginda diangkat ke langit. Peristiwa di Thaif menunjukkan sifat kehambaan baginda. 2 adab yg setiap pendakwah perlu ada untuk mencontohi Rasulullah saw. Pertama ialah apabila menghadapi dugaan mestilah mengadu pada Allah dahulu. Daie kena menilai kelemahan diri jika menghadapi kesukaran dalam berdakwah bukan menyalahkan orang lain. Yakin diri yang tugas kita hanya menyeru, yang meberi hidayah ialah Allah. Keduanya, ialah kesabaran dalam berdakwah.

3. Pembuktian Allah tentang kesukaran dan kesenangan yang disebut dalam Al-Quran. Apabila Nabi ditentang oleh kaumnya, Allah menghadiahkan Israk mikraj sebagai satu kesenangan selepas nabi mengalami kepayahan.

4. Tentang keyakinan terhadap apa yang berlaku tanpa sebarang rasa ragu-ragu. Apa sahaja yang sampai daripada Nabi hendaklah mempercayainya dan mengikutinya. Ini termasuklah apa yang disuruh dan apa yang dilarang. Yakin itulah yang terbaik untuk kita.

5. Kedudukan masjidil Aqsa yang ditarik oleh Allah daripada Yahudi untuk diberikan kepada umat Islam pada satu ketika dahulu. Perlu kita mempertahankannya dengan beberapa cara. Pertama, kalau seseorang islam itu mendapat jalan atau jalan keselamatan untuk dia pergi ke sana, wajib fardhu ain untuk pergi. Orang yang mempertahankannya dikira jihad. Kedua, membantu dari sudut kemanusiaan. Seperti menghulurkan bantuan kesihatan. Jika tidak mampu, cukuplah sekadar ambil tahu.Yang terakhir, sentiasa berdoa untuk mereka.

6. Perkaitan dengan solat. Jaga solat kerana ianya nilai yang sangat tinggi di sisi Allah. Wajib kita menjaga solat walaupun dalam apa keadaan sekalipun.

klik gmbar utk besarkan..

wallahu'alam...
sumber: kuliah net@skype oleh Ustz Azrul Azuan bin Idris & fb di IPIJ Teknologi..:)

akan datang....

Tajuk: Mengutip Ibrah dari Peristiwa Isra' Mikraj
Tarikh: 5 Julai 2011 (Selasa, selepas maghrib)
Tempat: Surau Ar-Razi KTDI


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haaram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Al-Isra':1)

Sumber: FB ar razi musolla..
jom kita pergi ramai2!!

No comments:

Jangan nodai Ramadhanmu…

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah dan perjuangan di bulan yang penuh keberkatan ini. Bagaimana dengan puasa k...