Sunday, January 18, 2009

Dilema Melayu:Kurang Fikir Kurang Zikir


MEROMBAK MONOPOLI
KEBENARAN BERPAKSIKAN PUAK DAN
KUMPULAN. SAMA ADA YANG BERJENAMA
AGAMA MAHUPUN BANGSA



Kekuatan Fikir dan Zikir
Sekiranya kedua-dua kekuatan ini berjaya dimiliki, Melayu-Islam bukan sahaja akan mampu mempertahankan diri dalam era neoklonialisme, bahkan berpotensi memimpin negara-negara Islam menjadi negara yang aman makmur dan mendapat keredhaan Allah. Untuk memiliki dua kekuatan itu (fikir dan zikir), bangsa Melayu-Islam mesti menjadi MUKMIN PROFESIONAL (istilah yang mungkin masih baru)-yakni mereka yang profesional justeru mempunyai kemahiran dan keterampilan yang tinggi dalam membangunkan kehidupan dengan cekap dan berkesan. Dan mereka Mukmin kerana memiliki sifat-sifat baik seperti intergriti, jujur, amanah dan lain-lain sifat mahmudah.

Di tangan golongan inilah diharapkan terbinanya sebuah negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Ilahi. dengan sifat profesional mereka berjaya membina kemakmuran di dunia. Manakala dengan sifat mukmin mereka berjaya membina keamanan dan layak mendapat keampunan Allah dan syurga di akhirat.



Isi Kandungan.

Bab 1. Dilema Melayu-Islam
Bab 2. Perjuangan Islam atau Melayu ?
Bab 3. Mengapa Melayu-Islam belum cemerlang?
Bab 4. Melayu yang mati akar
Bab 5. Bukan sekasar REVOLUSI mental
Bab 6. Perjuangan nafas yang panjang
Bab 7. Daulatkan AGAMA, martabatkan BANGSA
Bab 8. Melayu ganti Arab pimpin ISLAM
Bab 9. Mempolitikkan ISLAM atau mengislamkan POLITIK ?
Bab 10. Mebina kematangan berpolitik orang melayu
Bab 11. Sikap taasub halang perpaduan
Bab 12. Berpolitik sebagai satu IBADAH
Bab 13. Negara ISLAM tanpa HUDUD ?
Bab 14. Wakil rakyat yang tak bersama rakyat
Bab 15. Antara pemimpin terpilih dengan pemimpin dipilih
Bab 16. Muhasabah buat UMNO
Bab 17. Mem‘bumi’kan Islam Hadhari
Bab 18. Menegur kerajaan dari dalam
Bab 19. Merakyatkan golongan korporat
Bab 20. Salah faham terhadap ISLAM
Bab 21. Akibat kelemahan penyampaian ISLAM
Bab 22. Ramai MUALIM dan sedikit MURABBI
Bab 23. Bertauhid tapi masih melakukan kemungkaran
Bab 24. Mengapa pendidikan agama tidak berkesan
Bab 25. Bukan masalah fatwa
Bab 26. Kenapa jenayah gagal ditangani
Bab 27. Bandar Islam KOTA BHARU
Bab 28. Orang melayu suka baca picisan
Bab 29. Bahan lucah bunuh jati diri remaja melayu
Bab 30. Program realiti menjana ilusi
Bab 31. Bila Al-Quran menjadi saksi
Bab 32. Professional “ISLAMIK” militan
Bab 33. Barat taasub serang ISLAM
Bab 34. Amerika: kekuatan tanpa keadilan
Bab 35. Salam terakhir daripada Saddam
Bab 36. Strategi oranv lemah
Bab 37. Pengajaran dari ujian
Bab 38. Revolusi jiwa alaf baru
Bab 39. Hakikat perjuangan ISLAM sebenar

JIKA BENAR, TERIMALAH..SEBALIKNYA JIKA SALAH..TOLAKLAH..JIKA BENAR IA BOLEH MEMBETULKAN 'KESALAHAN' KITA. JIKA SALAH AKAN MENAMBAH TINGKAT 'KEBENARAN' KITA. INSYA-ALLAH...

No comments:

Jangan nodai Ramadhanmu…

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah dan perjuangan di bulan yang penuh keberkatan ini. Bagaimana dengan puasa k...