Tuesday, May 5, 2009

Ku Serah Cinta


Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini..

Lagu yang didendangkan oleh kumpulan Inteam ini sedikit sebanyak menyedarkan saya bahawa cinta manusia itu banyak mengundang masalah. Artikel kali ini sedikit sebanyak nak berkongsi sedikit tentang masalah cinta remaja zaman sekarang ini. Tak kiralah mana-mana golongan pun. Sama ada yang pernah mengalami ataupun tidak. Para pembaca yang hendak berkongsi pendapat amatlah saya alu-alukan. Teruskan membaca~

Cinta kepada manusia bersifat sementara dan hasilnya membuahkan kekecewaan apabila cinta seseorang itu tidak berbalas. Kekadang juga penuh dengan kepalsuan dan pura-pura. Hanya ingin memenuhi kehendak nafsu semata-mata. Ingatlah, jika kita katakan cinta itu suci, serahkanlah pada yang Maha suci kerana Dialah yang berhak mendapat cinta kita.

Jika kita mahukan cinta kita dihargai, serahkanlah cinta kita pada Allah kerana Allah tidak pernah mensia-siakan cinta hamba-Nya. Jika kita rapat selangkah padaNya, dia akan rapat kepada kita seribu langkah. Apabila cinta kepada Allah sudah dapat tercapai, maka segala kenikmatan cinta kepada dunia akan hilang dalam hati kita. Apa-apa pekerjaan yang kita lakukan, tidak lain tidak bukan hanya untuk mendapat cinta-Nya.

Cinta Allah itu Indah. Tetapi kita sahaja yang tidak nampak disebabkan hati kita yang sudah rosak. Dirosakkan oleh dosa dan maksiat yang kita lakukan. InsyaAllah dengan proses membersihkan hati, mudah-mudahan dapatlah kita menggapai cinta Allah kembali. Kerana cinta Allah itu sebenarnya sudah lahir dalam diri kita sejak di alam Roh lagi. Bukankah kita lebih suka jika orang menggelar kita hamba Allah daripada hamba perempuan??

Ayuh syabab, palingkanlah pandangan mu, tundukkan nafsumu daripada duniawi. Jika kau benar-benar muslim sejati, semua itu bukan jadi penghalangmu untuk berjuang. Jika sekali kau mengelakkan pandanganmu daripada memandang wanita, insyaAllah kau akan merasai kemanisan dalam ibadahmu. Tingkatkan lah kekhusyukan solat agar kau akan menjadi orang berjaya sebagaimana yg difiirmankan oleh Allah dalam surah Al-Mu'minuun. Usahlah berbicara tentang perempuan lagi kerana itu akan melalaikan daripada mengingati Allah. Moga-moga dengan usahamu ini dapatlah kita meningkatkan iman kita yang mudah sekali jatuh ini.

Jika kita pernah dikecewakan oleh seorang perempuan, kembalilah kepada Allah kerana Allah itu bersifat Maha menyembuhkan. Kemudian, muhasabahlah diri kembali dimana silapnya kita. Bertaubatlah jika ada keterlanjuran. Masih sempat untuk kita kembali pada jalan yang benar. Memang pahit kerana jarang ada ubat manis.

Akhir sekali, jangan risaulah...jodoh itu pasti ada. Yang paling penting sekarang, lengkapkan dirimu itu dengan ilmu dan taqwa. InsyaAllah, Allah akan mengurniakan kita dengan pasangan yang baik. Bukankah Tuhan sudah berjanji dalam kitabNya bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik??



2 comments:

Anonymous said...

“Tiada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada ALLAH yang membuat hati merana”
(IBNU ATHAILLAH)

Dalam mengejar cinta Allah, cinta insani akan datang tanpa perlu dicari.Namun dalam mencari cinta insani,tidak menjanjikan hadirnya cinta ALLAh yang tiada tolok bandingnya.

alfath said...

to wardah..
salam ukhuwah..syukran atas ziarah. sememangnya ramai yg cuba mencari cinta Allah disebalik cinta insani tetapi mereka sudah silap. Apabila cinta insani sudah terjalin tanpa didahulukan oleh cinta Allah, maka syaitan akan terlebih dahulu ambil peluang dan ramai remaja islam khususnya terkandas dalam situasi mcm ni. Mereka menggunakan cinta Allah sebagai alat. Nauzubillah..

Jangan nodai Ramadhanmu…

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah dan perjuangan di bulan yang penuh keberkatan ini. Bagaimana dengan puasa k...