Monday, May 4, 2009

Zikir Keindahan Ilmu





Setiap ilmu adalah zikir. Hal ini diceritakan apabila Nabi Adam a.s. merupakan khalifah pertama dibumi, diajar dengan pelbagai ilmu sebelum baginda dilantik menjadi khalifah. Hal ini dijelaskan dalam srah AlBaqarah ayat 31, “dan Allah mengajar kepada Adam nama(benda-benda) keseluruhannya kemudian mengemukakan kepada para malaikat”. Allah mengajar Adam tentang setiap perkara sama ada yang berkaitan dengan zat sesuatu benda, sifatnya atau perbuatannya. Inilah bukti yang menunjukkan kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian manusia hidup di atas muka bumi adalah bergantung pada ilmu.

Artikel pada kali ini ingin menyentuh tentang perlunya seseorang memahami kepentingan ilmu dalam kehidupannya. Apabila membicarakan tentang ini, kita perlu menyebut tentang jenis ilmu, sumbernya, jalan mendapatkannya, kesahihannya dan kesan ilmu tersebut pada kehidupan kita. Sama ada kita mengamalkannya dan menyampaikan kepada orang lain.


Ilmu meningkatkan darjat seseorang. Apabila seseorang itu mempelajari sesuatu ilmu, segala elemen jahiliyah dalam diri dapat dibuang sedikit demi sedikit. Apabila kefahaman dalam sesuatu ilmu sudah mantap maka bukan sahaja jahiliyah sahaja sudah dihakis malah seseorang itu akan dapat memanfaatkan ilmunya untuk menyumbang kepada kehidupan manusia lain. Dengan kata lain, dia sudah menjalankan tugas sebagai seorang khalifah.


Dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar, tentunya bidang ilmu yang kita ceburi adalah berlainan dan melibatkan elemen yang berlainan. Contohnya sebagai bidang arkitek mempunyai eleme-elemennya yang tersendiri dalam mempelajari ilmu itu agar elemen tersebut dapat membantu seseorang dalam memahami tujuan ilmu tersebut diceburi. Namun persolannya sekarang, apakah yang membuatkan setiap ilmu itu dapat dikaitkan dengan zikir?

Dalam Islam, setiap ilmu dikaitkan dengan zikrullah. “Pada suatu hari nabi mendatangi majlis para sahabat dan baginda bertanya, ‘Apakah tujuan kamu semua berhimpun di sini?’ Sahabat-sahabat menjawab, ‘Kami berhimpun untuk berzikir kepada Allah serta memujiNya kerana telah mengurniakan petunjuk kepada kami sehingga kami memeluk Islam’. Baginda seterusnya bersabda, ‘Benarkah itu tujuan kamu? Sesungguhnya Jibrail telah datang dan memberitahu kepadaku bahawa Allah menyebut-nyebut tentang kebaikan kamu kepada para malaikat’.”

Apabila kita menyebut kalimat zikir, terbayanglah pada minda kita kumpulan-kumpulan yang berhimpun untuk bertahlil, bertahmid, bertasbih dan berselawat. Sebenarnya maksud zikir adalah lebih luas dari itu. Dalam kitab Al-Azkar, Imam An-Nawawi berkata, “Sebenarnya kelebihan zikir tidak hanya dikaitkan dengan majlis tahlil, tasbih, tahmid, takbir dan yang seumpamanya sahaja. Bahkan setiap mereka yang melaksanakan amalan taat kepada Allah dianggap sebagai golongan yang berzikir.


Berdasarkan cerita yang diatas, syarat yang perlu ada dalam setiap ilmu untuk menjadikannya sebahagian daripada zikrullah adalah dapat memberi petunjuk dan dapat melaksanakan amalan taat (ibadah) kepada Allah s.w.t. Ramai yang tersalah anggap bahawa ilmu duniawi seperti ilmu perubatan, kejuruteraaan, teknologi tidak dapat dikaitkan dengan zikir. Namun, sebenarnya ilmu ini juga dianggap ilmu zikir selagi ia mematuhi 2 syarat tadi.


Dalam bidang perubatan khususnya, ilmu yang berkaitan dengan fizikal dan fisiologi manusia dipelajari dengan itu manusia dapat memikirkan hikmah ciptaan-Nya dan kesan-kesan yang bakal menimpa apabila manusia itu tidak menjaga ciptaan-Nya dengan baik. Dalam bidang itu juga manusia dapat mengenali berbagai struktur dan proses yang berlaku dalam badan yang berjalan memainkan peranan masing-masing iaitu dengan tujuan manusia dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Selain itu, manusia juga mempelajari penyakit apabila terdapat salah satu atau lebih struktur atau proses tadi terganggu atau terbantut. Dengan kelengkapan ini, manusia dapat menjadi ilmuwan perubatan ataupun doktor yang dapat mengubati manusia lain dengan ilmunya. Ini membuktikan manusia telah menjalankan tugasnya sebagai seorang khalifah atau dengan kata lain itulah ibadah mereka.

Namun, untuk menjadikan ilmu perubatan tersebut sebagai zikrullah bukan setakat itu sahaja. Manusia juga perlu mempelajari satu lagi ilmu yang dapat membantu mereka memahami dan memikirkan hikmah ciptaan Allah sekaligus mengenali Penciptanya. Jika kita lihat situasi tadi, syarat kedua iaitu melaksanakan amalan taat sudah ditepati. Sekarang, yang perlu dilengkapkan adalah syarat pertama iaitu dapat memberi petunjuk (hidayah). Dengan itu dapatlah ia menjadi zikir yang mengingatkan. Kalau tadi untuk kelengkapan akal, kini untuk kelengkapan hati pula.

Untuk itu, ilmu-ilmu ketuhanan perlulah dipelajari agar dengan itu, ilmu perubatan tersebut dapat dipimpin dan tidak tersasar pada jalan-jalan yang salah. Ilmu seperti ini bertujuan agar manusia dapat mengenali Tuhannya dengan lebih dekat sepanjang mereka mempelajari ilmu perubatan tersebut dengan mengenali sifat-sifat kesempurnaanNya. Kesannya, akan lahirlah hati yang bersih yang mudah mempelajari ilmu. Kenal hanya di hati,tidak di akal. Hanya hati yang bersih sahaja yang akan kenal Allah s.w.t. Dengan itu, keyakinan mereka akan bertambah dan meningkatkan keimanannya. Apabila keimanan sudah ditingkatkan, secara automatik akan lahirlah manusia yang baik akhlak dan baik budi pekertinya. Apabila memasuki bidang pekerjaan, sikap jujur, amanah dan lain-lain akan dimiliki apabila merasai kewujudan Tuhan didalam diri mereka. Seterusnya dapat memelihara amalan taatnya yang tadi.

Dengan menjaga dan memelihara adab dalam amalan ia dapat:

Mengelakkan dari kemurkaan Allah

Mendatangkan bantuan malaikat.

Menghindarkan gangguan syaitan.

Menjadikan seluruh perjalanan hidup penuh dengan ”Pengabdian”.


Kesimpulannya, jagalah dua syarat itu dalam setiap ilmu yang kita ceburi agar dengan itu kita sentiasa tergolong dalam golongan orang berzikir. Sesungguhnya sangat tinggi darjat orang berzikir itu dan merekalah golongan yang rapat dengan Tuhannya. Ketahuilah, setiap ilmu itu sebenarnya sangat indah kerana ianya datang dari Allah yang Maha Indah. Jadi kalau kita masih belum merasai keindahan ilmu hakikatnya kita masih belum mengenali Tuhan!


p/s: Sila betulkan jika terdapat kesalahan dalam artikel ini. Komen anda amatlah saya hargai…




4 comments:

duha said...

aslmkm..erm..rasa terkesan dgn post ni..

nk cakap dr point of view seorang manusia yg belajar dalam bidang sains..

kadang-kadang memang terfikir..kenapa kita menuntut ilmu? apa tujuan sebenar?

pernah sekali seorang ustaz berkata "belajar tentang subjek berkaitan agama lbeyh penting..nanti kalau mak ayah kamu nak meninggal, dia tak cari dokte ke..engineer ke..arkitek ke..tapi die cari ustz utk bantu die"

waktu tu saya sangat tak stuju dengan ucapan tersebut..tapi tak berani nak bersuara..masih muda barangkali..

tapi itu dulu..sekarang saya lebih jelas..dan yakin~

sy stuju dgn srtikel ni di mana menuntut ilmu itu adalah zikir..kerana ilmu sepatutnya mengingatkan dan mendekatkan lagi diri kita kpd Allah taala..

tak kiralah ilmu apa sekalipun..

mmg tak dinafikan sesiapa yg mempelajari al-quran dan mengajarkannya adalah sebaik-baik manusia..tapi tak bermakna mempelajari bidang sains, kita meninggalkan pelajaran al-quran atau agama kan? seiring dan sejalan insyaAllah..

dengan memandang alam ciptaan tuhan sahaja,manusia mampu mendapat hidayah atau ilham yang akan mendekatkan dirinya pada Sang Pencipta..apalagi jika kita mendalami/mempelajari ciptaanNya..seperti dalam konsep Medic sndr..

wallahua'alam

maaf panjang sgt komen..just nk share je pndapat :D

alfath said...

waalaikmsalam..bg ana apa yang ustaz anti ckp tu mmg betul yang ilmu agama lebih pnting..sebabnya kalau kita rujuk pada Imam Ghazali, ilmu itu terbahagi kepada dua dan dua2nya penting untuk seorg muslim tu. pertama, ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang keduanya. kalau contoh ibubapa meninggal, wajib 4 perkara yg perlu diselesaikan segera. tuntutan menguruskn jenazah termaktub dalam fardhu ain. kalau ikut Imam Ghazali juga ilmu fardhu ain lebih penting sepertimana yg kita tahu daripada ilmu fardhu kifayah (seperti ilmu sains dn sbgnya). tetapi perlu diingat, kedua-duanya wajib utk kita jalankan tugas sbgi hamba(fardhu ain) dan khalifah (fardhu kifayah).

harap maklumat yg sedikit ni anti faham. cuba kita igt ketika di sekolah rendah agama dahulu, jika meninggalkan ilmu fardhu ain dikira berdosa. Jadi kita mmg xboleh tinggalkannya.

tapi yg ana faham, kalau mak ayah kita nak meninggal, bukan dia cari anak-anaknya dahulu ke? hehe..

tugas sekarang kena ubah pendapat ustaz tu. Bukan sahaja ustaz je yg mahir bab-bab mcm ni tapi kita pn boleh! Belajarlah atas niat tuntutan agama yg suruh kita menuntut ilmu..ingatlah anda mampu mengubahnya!

p/s: jika terdapat kesalahan, tegur ye. kalo bole cube kita kaji lagi kepentingan fadhu ain dlm kehidupn kita. InsyaAllah akan ketemui jawapannya..

duha said...

erm..mmg stuju..fardhu ain takleh ditinggalkan..

ape yg nak disampaikan..is that bukan bererti tak perlu belajar sains n kalau kita blajar sains pun, ilmu2 agama kita tak tinggal..

kita still kuasai bab2 fardhu ain n mane2 fardhu kifayah yg dapat membantu masyarakat sekeliling..

coz betul la..dua2 penting..sbb dengan belajar ilmu sains, kita dapat method tambahan utk gunakan ilmu agama kita..rite?

jzkk 4 the info

p/s:erk, yang dokte,engineer n ust tu anak die laa kirenye..meaning tak berguna kalau anak die doc atau engineer..die akan cr yg ust..erm..itu yg tak stuju tu..

wallahua'lam

alfath said...

owhh..insyaAllah, ana fhm..kalo kte dpt kaitkan ilmu sains dn agama yg kita belajar itu dikira lebih bagus spy msyrkt lebih faham dn ilmu yg disampaikan akan lebih menarik...

lgpun msyarakat skrang ni tertarik dgn ilmu sains dlm agama..1 methode dakwah yg bgs..moga2 anda jd perintisnye..

p/s: ana nk betulkn, meguruskn jenazah tmasuk dlm fardhu kifayah, maknanya selagi ada orang yg boleh buat, yg lain dikira lps tggungjwb tu..namun, jika tiada, ia akan jd fardhu ain..tetapi solat jenazah trmasuk dlm fardhu ain.

thanx 4 de comment, really appreciate it!