Monday, November 2, 2009

Kuatkan Mujahadah!!

Zikir pada petang itu seolah2 rasa lain macam. Hari-hari terakhir di matrikulasi benar-benar membuatkan ku rasa sedih. Memandangkan disini banyak kenangan bersama sahabat dalam membina ukhuwah dan bai’ah soleh bersama-sama. Ku terfikir sejenak pada nasibku sesudah memasuki alam university kelak. Pasti ianya penuh dengan rintangan dan cabaran memandangkan ujian dan dugaannya pasti berkali-kali ganda daripada apa yg ku hadapi ketika ini. Adakah aku masih dapat mengekalkan imanku? Adakah kemanisan zikir akan menjadi tawar selepas ini? Adakah aku akan mendapat sahabat2 yg begitu membangkitkan aku ketika aku lemah? Adakah lagi kata-kata tarbiah yang meningkatkan cinta pada Tuhanku?

“Salam syeikh, anta tengah fikir apa?” terkejut disapa oleh sahabat ana yg sekarang ni belajar di Mesir dari belakang dan duduk disebelahku. Petang tu orang tak ramai kat masjid. Hanya kami dan beberapa sahabat lain sedang beriktikaf di situ. Ada yang membaca al-Quran, bertafakur, usrah dan ada yg sedang sibuk mengulang kaji pelajaran di belakang. Oh, indah dan tenangnya pemandangan itu.

“Ana tengah fikir dugaan yg kita terpaksa tempuh selepas ini, ana sangat risau bila kita masuk ke universiti nanti, apa yang akan terjadi pada ana, takut2 ana tak jadi seperti yang sekarang ni. Ana dengar kawalan universiti tak lah ketat seperti dalam matrik sekarang ni. Pergaulan bebas. Perempuan boleh jumpa lelaki sesuka hati. Tiada lagi kawalan pihak universiti. Ana takut syeikh..”
Panggilan ‘syeikh’ merupakan panggilan mesra antara kami memandangkan kami saling menasihati dengan berbagai ilmu dan cara. Jadi setiap antara kami semacam ada ‘trademark’ cara tarbiah masing2 menyebabkan kami saling respect dan lagak seperti golongan ilmuwan. Kelakar jugak kalau fikirkan balik tetapi inilah manisnya persahabatan. Semakin hari, semakin rapat. Semuanya dengan nikmat ukhuwah dan petunjuk yang Allah berikan.

“jangan risau syeikh, anta lagi kuat daripada ana..” aku tersenyum. Sahabatku yg seorang ni memang seorang yang merendah diri. Kalau jadi imam, boleh cair kami mendengar bacaannya. Kalau memberi tazkirah didepan, boleh luntur hati yang keras ni.

“camnilah syeikh, kita pergi mana-mana pun, iman yang paling penting..”

“Itu ana tau, tapi takut sangat ujian yang kita terima nanti menyebabkan kita jadi lupa dan terus jadi binasa. Kalau kat sini, ana ade antum yang boleh ingatkan ana. setiap kali lepas kuliah, kita akan jumpa kat sini. Ana harap sangat ana dapat jumpa sahabat seperti antum bila masuk universiti nanti.” Tidak dapat tahan, air mataku mengalir jugak pada waktu itu..saat perpisahan memang menyedihkan tetapi apa nak buat, sudah lumrah kehidupan.

“InsyaAllah, ana akan doakan anta, kita sama-sama tak tahu apa yang akan jadi bila masuk university nanti tetapi ana harap anta bersedialah, tingkatkan iman anta sebab hanya iman yang kuat sahaja dapat menahan dugaan yang kuat..carilah sahabat-sahabat yang baik. Jangan risau kita umat Islam tidak berseorangan. Ana yakin pasti anta boleh..” usapan tangannya pada belakangku membuatkan aku rasa semangat semula. Seolah-olah ada nafas baru. Ya, aku tidak keseorangan. insyaAllah, aku pasti boleh..

“Tapi anta selalu kena ingat yang Allah sentiasa ada untuk memberi pertolongan setiap kali kita dilanda kesusahan. Kalau anta dah yakin dengan tu, ana jamin yang anta tak perlu takut apa-apa lagi. Yang penting amalan. Itu yang menguatkan cinta kita padaNya. Mohon pada Allah syeikh, bukan ana, bukan sesapa lagi. Ayah anta kan hebat, mesti boleh tolong..” Aku tergelak. Mulalah tu dia nak mulakan.

Kini, aku dilanda ujian yang sangat berat. Lebih berat lagi dengan masaku yg singkat menyebabkan masa untuk ibadah seolah2 menjadi kurang. Fikiran tidak dapat lagi fokus. Jiwa seolah-olah lemah. tetapi dalam hati aku yakin semuanya ini adalah dari Tuhanku. Kalau ini sahaja jalan yang dapat menujukan aku kepada cintaNya, aku rela. Jika sampai masa aku terpaksa berkorban, aku akan tetap berkorban. Moga-moga dosa yang aku buat akan terampun dengan pengorbananku ini. Aku yakin syurga bukanlah sesuatu yg mudah untuk dicapai kerana penghuninya tak ramai. Ya Allah, hanya Engkau sahaja dapat memberi pedoman untukku. Tiada siapa2 lagi. Jalan mujahadah memang payah, tetapi jalan inilah yang paling indah. Kerana setiap kemanisan pasti dirasai disepanjang jalan itu. Tiada penghujungnya kerana kita diciptakan untuk hidup selama-lamanya. Di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah..Jalanku adalah Islam, Tuhanlah yang menunjukkan jalanku. Ya Allah, redhailah aku dunia dan akhirat dan tempatkanlah aku bersamaMu dan pejuang-pejuangMu yang lain di syurga nnti.

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Lirik nasyid Muhasabah cinta dari EdCoustic…indah senikatanya, moga2 boleh kuatkan jiwa yg lemah ni..amin..
"When God is your friend, who is your enemy?"

4 comments:

someone said...

salam, saya tidak layak menegur ttp sya yakin yg awk lbh kuat dr yg disgkakan. bknkah ilmu kedoktoran itu mmg fardhu kifayah ttp menjd wajib apabila kte memasuki kedlmnya? jd jika kte belajar kerana Allah sdh semestinya Allah akan bntu kte wlupun kdg2 kte x nmpk hikmahnya. jgnla rse ibadah kte kurg krn belajar. bknkah belajar juga stu ibadah..

tegur sye jika saya salah.
wassalam.

wardah said...

setiap insan mahukan biah solehah disekelilingnya. namun sampai bila kita mahu iman kita 'manja' dengan keadaan kesenangan yang telah kita peroleh itu?

Untuk menguji tahap iman yang sebenar, kita harus keluar dari 'comfort zone' yang pernah kita alami. Di situ barulah iman kita kan teruji.
Adakah kita teguh dengan 'iman' sedia ada sebelum ini, atau sebaliknya.
Kita harus berhadapan dengan realiti masyarakat.

kita mahu menjadi pengubah suasana bukan berubah mengikut suasana sedia ada.

p/s: ayah anta memang hebat, moga Allah memberi byk ilham padanya untuk 'mencairkan' hati2 yang keras.

salam mujahadah.

Al-Mizan said...

salam..
tabahkan hati syeikh, abg faham..
moga trus thabat dalam perjuangan

MohAmaD aZLaN said...

salam..
moga sahabat dipermudahkan segala urusan hendakNya..insyaAllah..
^_^